Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebuah agensi di dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab dalam pendaftaran dan pengurusan sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi kami ialah menyedia, mempertingkat dan menambahbaik infrastruktur perundangan harta intelek dan sistem pentadbiran yang cekap melalui ekploitasi harta intelek (HI). 

Seiring dengan kemajuan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan dan berorientasikan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur.


SYARAT-SYARAT ASAS

Kami mempelawa calon-calon yang mempunyai kebolehan seperti berikut :-

 Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan; 
 Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan powerpoint; 
 Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi; 
 Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;
 Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di bawah tekanan;
 Berkebolehan merancang, menganalisa, menyediakan laporan dan membuat pembentangan;
 Bersedia untuk ditugaskan di luar pejabat dalam dan luar negara;
 Mempunyai pengalaman 2-3 tahun, siswazah baru yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan HI adalah digalakkan untuk memohon; 
 Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
 Warganegara Malaysia;
 Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
 Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.

1. PEGAWAI PEMERIKSA PATEN – 4 kekosongan
2. PEGAWAI HARTA INTELEK – 2 kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI HARTA INTELEK - 4 kekosongan
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR SAMBILAN - 1 kekosongan (6 bulan kontrak)
5. PEMBANTU HARTA INTELEK - 5 kekosongan 




No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers