Peneraju Skil Iltizam (Industri Pelabuhan)

Peneraju Skil Iltizam (Industri Pelabuhan)

Peneraju Skil Iltizam (Industri Pelabuhan)
Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah/menengah/kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah teras ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang yang dipilih bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di sektor pelabuhan.
Senarai Bidang Dikendalikan di Bawah Program Peneraju Skil Iltizam (Industri Pelabuhan):
  1. Prime Mover Operator – Pemandu 'Prime Mover'
  2. Stowage Clerk – Kerani Operasi
Syarat-syarat Kelayakan:
  1. Bumiputera warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 tahun dan tidak melebihi 21 tahun semasa memohon
  3. Pelajar sekolah rendah/menengah/kolej yang keciciran tetapi mempunyai potensi serta minat
  4. Boleh membaca dan menulis
  5. Berkeyakinan dan mempunyai peribadi yang baik
  6. Tidak mempunyai ketagihan dadah dan alkohol
Untuk mendaftar, sila klik butang 'DAFTAR' di bawah. Pendaftaran untuk program ini adalah dibuka sepanjang tahun.
Perhatian: Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan pihak YPPB untuk menghubungi anda untuk pengambilan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers