Majlis Universiti Islam Malaysia

Majlis Universiti Islam Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:


1) Ketua Pustakawan UP3/S48 Gaji Minimum: RM 5,004.49 (Tidak Termasuk Elaun)]
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
e) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
f) Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
g) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang tersebut;
Deskripsi Tugas :  
a) Bertanggungjawab merancang dan menyediakan dasar pengkatalogan dan pengkelasan;
b) Bertanggungjawab merangka dasar dan polisi perpustakaan termasuklah keahlian, sirkulasi dan sebagainya);
c) Bertanggungjawab merangka peraturan penggunaan bahan-bahan perpustakaan serta kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan;
d) Mengkatalog, mengkelas dan menyediakan tajuk perkara bagi bahan perpustakaan (bahan beli dan bahan hadiah/wakaf) mengikut piawaian dan dasar pengkatalogan;
e) Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


2) Penolong Pegawai Keselamatan Gred UP8/KP27 [ Gaji  Minimum  : RM 1,792.11 (Tidak Termasuk Elaun)]
Kelayakan :
  
i.
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
d) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau;
e) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan setaraf dengannya;
f) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
g) Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
h) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.
ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m;
b) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg;
d) Mempunyai penglihatan yang baik bagi mata kiri dan kanan dan tidak menggunakan cermin mata;
e) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
Deskripsi Tugas :   
a) Membantu Pengarah Pembangunan dan Penyelengaaran Keselamatan untuk melapor  dan menajalankan tugas-tugas keselamatan dan perlindungan di kawasan universiti;
b) mengawasi Bahagian:
•  Keselamatan Bangunan dan Persekitaran universiti
•  Keselamatan keluar masuk kakitangan dan pelawat
•  Menyelia pengawal-pengawal keselamatan swasta yang dilantik oleh universiti
•  Mengawasi disiplin dan tatacara kakitangan dan pelajar Universiti Islam Malaysia
c) Mengawasi bilik kawalan CCTV dan pergerakan keluar masuk di cawangan kampus Universiti Islam Malaysia;
d) Bertanggungjawab mengendalikan latihan, kursus, menjalankan pemeriksaan keselamatan, siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengannya;
e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa k


3) Pembantu Perpustakaan Gred UP11/S17 [ Gaji  Minimum: RM 928.00 (Tidak Termasuk Elaun)]- (1 Kekosongan)
Kelayakan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
d) Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.
Deskripsi Tugas :   
a) Menguruskan permohonan pembelian bahan-bahan perpustakaan;
b) Bertanggungjawab ke atas semua perolehan dan menyediakan invois;
c) Membuat pengkatalogan penyalinan dan pengkatalogan asal bagi buku-buku baru dengan menggunakan maklumat dari CIP dan pangkalan data bibliografi Worldcat, LC Web serta Perpustakaan Negara Malaysia;
d) Membuat penyuntingan nombor panggilan mengikut format yang ditetapkan untuk proses penyediaan label nombor panggilan;
e) Menampal RFID tag dan label nombor panggilan pada bahan-bahan perpustakaan.
f) Menyusun buku-buku di rak perpustakaan;
g) Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa


CARA MEMOHON 
1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Bagi Pelantikan Jawatan UIM yang boleh dimuat turun dari laman web Universiti Islam Malaysia www.uim.edu.my atau www.muim.my.
2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil akademik tertinggi mengikut kelayakan skim berkaitan.
3. Borang    permohonan    yang   telah   lengkap   hendaklah  di hantar ke alamat :
Universiti Islam Malaysia (UIM), 
Blok I, Bangunan MKN Embassy Techzone,
Jln Teknokrat 2, 
63000, Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehsan.
atau
emelkan kepada career@uim.edu.my
4. Lampiran hendaklah diemel dalam bentuk PDF/DOCX dan haruslah bersaiz 8MB kebawah bagi membolehkan permohonan anda di proses.
5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Jun 2014
6. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian berikut: 03-8318 6848.

Borang permohonan; http://adf.ly/oeERQ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers