Majlis Daerah Kuala Langat

Permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan seperti berikut:-

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis,Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my.

2.  Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun  atau Penguasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan  Pegawai Awam( Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan gambar berukuran pasport, salinan fotostat Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan/Pengajian dan sijil – sijil penghargaan yang diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4.  Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5.  Tarikh permohonan pada : 21 OGOS 2014 SEHINGGA 3 SEPTEMBER 2014

Catitan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan
    ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.







No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers