LGM Properties Corporation

LGM Properties Corporation (LGMPC) LGM diperbadankan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (LGM) 1996 dan telah memulakan operasinya pada 1 Julai 2002. Maksud dan tujuan Perbadanan ditubuhkan adalah untuk menjana pendapatan kepada Lembaga melalui :-
1. pengurusan tanah dan harta kepunyaan Lembaga,
2. perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada Lembaga, dan
3. perkhidmatan pengurusan harta dan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada orang atau badan yang terlibat dalam getah atau berhubung dengan industri getah.



Pembantu Tadbir Perolehan (GRED 6)
LGM Properties Corporation menawarkan kepada mereka yang berminat, mempunyai kelayakan dan memenuhi serta mematuhi segala syarat yang ditetapkan untuk memohon jawatan seperti benkut:
  • Jawatan PEMBANTU TADBIR PEROLEHAN (GRED 6)
  • Status Jawatan Kontrak (2 tahun)
  • Lokasi Kuala Lumpur
  • Warganegara Malaysia
  • Kelulusan STPM/Diploma Pengurusan Perniagaan atau Diploma Juru Ukur Bahan atau setaraf
  • Pengalaman Sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam pengurusan dan pentadbiran perolehan sebutharga dan tender
  • Umur 23 lahun ke atas 
    Lain-lain:
  • berpengetahuan di dalam bidang perolehan
  • mahir dalam aplikasi komputer
  • berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris
  • sedia bekerja lebih waktu
  • sedia ditukarkan ke unit/pejabat lain 
  • Kemudahan:
  • Tawaran Gaji yang menarik
  • Cuti Tahunan
  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Perlindungan lnsurans Berkelompok
  • Kemudahan Perubatan 
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan secara bertulis berserta resume, sijil-sijil dan dokumen-dokumen berkaitan serta gambar terkini (berukuran pasport) ke alamat seperti berikut:

Pengurus (Pentadbiran dan Sumber Manusia)
LGM Properties Corporation
Tingkat 3. Bangunan Getah Asli 1
48 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2171 1177
Faks : 03-2171 1151

Permohonan perlu dikemukakan pada atau sebelum 15 Mei 2014. Hanya calon yang disenaraipendekkan akan dimaklum untuk sesi temuduga. Permohonan yang lewat tidak akan diterima.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers