Lembaga Koko Malaysia



 Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap di Lembaga Koko Malaysia seperti berikut:-


SETIAUSAHA PEJABAT
(Bil. Kekosongan : 1 - Penempatan : Ibu Pejabat Kota Kinabalu)

i.          Klasifikasi Perkhidmatan       :  Pentadbiran dan Sokongan 
ii.         Kumpulan Perkhidmatan       :  Pelaksana

iii.        Taraf Jawatan                        : Tetap iv.  
              Jadual Gaji                             :






Gred

Gaji
Minimum

Gaji
Maksimum
Kadar
Kenaikan
Gaji
Tahunan

N27

RM1,362.00

RM5,092.00

RM145.00

v.         Syarat Kelayakan       :


a)
Diploma  Sains  Kesetiausahaan  daripada  politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00) atau

b)

Diploma  Pengurusan  dan  Teknologi  Pejabat  daripada  UiTM  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,661.95)

DAN

c)

Kepujian Bahasa  Malaysia/  Bahasa Melayu (termasuk  lulus  Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat-Syarat Permohonan

i)         Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii)         Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii)         Bagi  calon-calon  yang  terdiri  daripada  pegawai  yang  sedang  berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan
hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2013, Kenyataan
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.


Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Setiausaha Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat  skim  perkhidmatan berkenaan  yang  sedang  berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat  www.koko.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/SRP/PMR, Sijil   Berhenti Sekolah dan lain-lai dokumen (spt, kad   pengenalan sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusa  Profesional   dan    hendaklah    dihantar   tidak    lewat pada 21 MEI 2014 ke Ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH LEMBAGA KOKO MALAYSIA TINGKAT 6,  WISMA SEDCO, LORONG PLAZA WAWASAN OFF COASTAL HIGHWAY BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
(U.P :  UNIT PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN)
Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang  permohonan  yang  tidak  lengkap  tidak  akan  dilayan  dan  akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.   Pemohon-pemohon yang tidamenerima sebarang  jawapan    selepas  tempoh  6  bulan  dari  tarikh  tutup  iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers