Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia
yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan
seperti berikut:

1.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
2.PENOLONG JURUTERA (AWAM) – J29
3.JURUTEKNIK (AWAM) – J17
4.PEMBANTU KEWANGAN - W17
5.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - N17

CARA MEMOHON:-

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi KUIS iaitu www.kuis.edu.my

b. Sila catatkan nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

c. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan;
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan;
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan;
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume.

d. Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Pusat Tanggungjawab tidak akan dipertimbangkan.

e. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh  tutup tidak akan dipertimbangkan.

f. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah  dianggap tidak berjaya.

g. Permohonan hendaklah sampai kepada:


KETUA
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN


TARIKH IKLAN : 25 APRIL 2014 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 9 MEI 2014 (JUMAAT)

http://www.kuis.edu.my/v2/images/stories/perjawatan/iklan_jawatan_kosong_kuis_25april_9mei_2014.pdf

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers