Biasiswa New Zealand-ASEAN Scholarship 2014

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Biasiswa New Zealand-ASEAN Scholarship 2014 dibuka mulai 21 Mei 2014 hingga 17 Jun 2014.

Tarikh Tutup
17 Jun 2014
Rujukan
http://www.aid.govt.nz/funding-and-contracts/scholarships/eligible-countries/malaysia
Kategori
Warganegara Malaysia
Kursus yang ditawarkan
  • PhD
  • Masters
Syarat-syarat Permohonan
Sila rujuk : http://www.aid.govt.nz/funding-and-contracts/scholarships/eligible-countries/malaysia
Calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (New Zealand-ASEAN Scholarship) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
(c) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(d) Berumur di bawah 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;
(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
(f) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 36 bulan kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013) ;
(g) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
(h) Telah mengisytiharkan harta;
(i) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
(j) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
Dokumen Permohonan
Borang permohonan adalah seperti berikut :
  1. New Zealand Scholarships Application Form 2014
  2. Admission cover letter NZ scholarship
  3. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]
  4. Borang JPA(L)LDP 1A/96
*Borang JPA(L)LDP 1A/96 ini perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing.
*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u/p : PUAN ANNA IZWANA BINTI RORZALI)
Pegawai Bertanggungjawab
Puan Anna Izwana Binti Rorzali
Tel     : 03-8885 3468
Faks   : 03-8889 2171
E-mel : anna.rorzali@jpa.gov.my
Puan Nazrina Binti Abdul Malik
Tel     : 03-8885 3438
Faks   : 03-8889 2171
E-mel : nazrina.malik@jpa.gov.my

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers