Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan PTP-1 Julai 2014 akan di buka pada :

(27 Mac 2014 jam 09.00 pagi sehingga 05 April 2014 jam 11.59 malam )

PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program Teknologi Petroleum (PTP-1) - program latihan 1 tahun

BIDANG LATIHAN
1) Makmal Analitikal
2) Proses
3) Pengeluaran
4) Elektrikal
5) Instrumentasi
6) Mekanikal

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
1) Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih dari 30 tahun pada 1 Januari 2014
2) LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang KEJURUTERAAN dan TEKNIKAL dari IPTA/IPTS yang diiktiraf kerajaan Malaysia
3) *** DAN mempunyai keputusan SPM yang baik.
4) Fizikal sihat untuk bekerja dan tidak rabun warna.

***keutamaan bagi mereka yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
a) Lulus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
b) Kredit di dalam Matematik atau Matematik Tambahan
c) Kredit di dalam subjek Fizik, Kimia, Sains atau Kejuruteraan
d) Penglibatan aktif dalam ko-kurikulum, sukan dan aktiviti kepimpinan.


KAEDAH PERMOHONAN
a) Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) ke akaun :
>> PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN.BHD menerusi CIMB Bank Berhad ( No Akaun : 8006631956 )
b) Sila dapatkan NOMBOR SIRI SLIP dan simpan untuk rujukan sekiranya diperlukan.
c) Hanya borang yang LENGKAP dan telah DI HANTAR akan di proses.
d) Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan di hubungi untuk sesi temuduga.
e) Maklumat terkini boleh di rujuk menerusi laman web ini dari semasa ke semasa.


PERTANYAAN
1) Sebarang pertanyaan sila hubungi 09-6686357 atau 09-6686151 ( 09.00 pagi hingga 04.00 petang )

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers