Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

logo

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi 
kekosongan jawatan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan seperti berikut:- 

A. JURUTEKNIK ELEKTRIK GRED J17 

1. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan 
 Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan 
 Bilangan Kekosongan : 1 (satu) 

2. Jadual Gaji : Gaji Minimum Gaji Maksimum 
 Gred J17 RM 952.66 RM 3,299.86 
 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 95.00 

3. Elaun : i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM 115.00 
 ii) Imbuhan Tetap Perumahan – RM 180.00 
 iii) Bantuan Sara hidup – RM 250.00 
B. Syarat Lantikan 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 

a) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada 
politeknik-politeknik tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya; 
 [ Gaji Permulaan : RM 1,417.59] dan 

b) Lulus BM (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf 
setaraf dengannya. 

4. Taraf Jawatan : Kontrak 

5. Penaklukan Di Bawah : Pegawai-pegawai yang memasuki skim
 Syarat-Syarat perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-
 Skim Perkhidmatan syarat skim perkhidmatan berkenaan yang berkuat -
 kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya
 dari semasa ke semasa. 

6. Fungsi Bidang Tugas : Membantu mengendalikan kerja-kerja pemasangan 
 elektrik, janakuasa dan power station, memastikan 
 kontraktor menggunakan bahan bermutu yang 
 ditetapkan dan menyelia kerja di tapak projek. 

  

C. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 

1. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana 
 Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) 
 Bilangan Kekosongan : 1 (satu) 

2. Jadual Gaji : Gaji Minimum Gaji Maksimum 
 Gred R3 RM 792.60 RM 2,007.76 
 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00 

3. Elaun : i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM 95.00 
 ii) Imbuhan Tetap Perumahan – RM 180.00 
 iii) Bantuan Sara hidup – RM 250.00 

D. Syarat Lantikan 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 

a) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah bantuan Penuh kerajaan atau kelayakan 
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; 

b) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh 
percubaan (P)]; dan 

c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor 
berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. 

4. Taraf Jawatan : Kontrak 

5. Penaklukan Di Bawah : Pegawai-pegawai yang memasuki skim
 Syarat-Syarat perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-
 Skim Perkhidmatan syarat skim perkhidmatan berkenaan yang berkuat -
 kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya
 dari semasa ke semasa. 

6. Fungsi Bidang : Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan 
 Tugas kenderaan dalam keadaan bersih serta baik, 
 memandu kenderaan dalam selamat, mencatatkan 
 pergerakan kenderaan ke dalam buku log dan 
 melaporkan sebarang kerosakan / kemalangan 
 kepada pegawai penyelia. 


E. Cara Memohon 

a) Sila layari laman web PERZIM: www.perzim.gov.my untuk mendapatkan Borang 
Perjawatan dan maklumat jawatan yang dipohon. Borang boleh dicetak mulai 17 
Oktober 2013 dan tarikh akhir borang boleh dicetak pada 23 Oktober 2013. 

b) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu Borang Perjawatan 
sahaja. 

c) Semua permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah menyertakan salinan sijil 
atau dokumen berkaitan yang disahkan mengikut kelayakan yang disyaratkan 
seperti berikut.: 

 i) Sekeping gambar berukuran pasport; 

 ii) Salinan Kad Pengenalan baru; 

 iii) Salinan lesen memandu yang dimiliki; (khusus untuk Pemandu Kenderaan) 

 iv) Salinan Sijil Kelahiran; dan 

 v) Salinan sijil/kelulusan persekolahan. 


d) Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan 
dengan mengemukakan surat pengesahan dari Ketua Jabatan, salinan 
Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini. 

e) Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat 
apabila mengemukakan permohonan. 


F. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK : 

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan; 
ii) borang tidak diisi dengan lengkap 
iii) tidak ditulis nombor Kad Pengenalan 
iv) tidak ditandatangani 


 Permohonan hendaklah sampai kepada : 

PENGURUS BESAR 
PERBADANAN MUZIUM MELAKA 
KOMPLEKS WARISAN MELAKA 
JALAN KOTA, 
75000 MELAKA. 


G. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Oktober 2013 

CATATAN: 

i) Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk 
temuduga. 

ii) Permohonan – permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 
bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap mereka tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers