Jururawat lulusan IPTS dipelawa isi 2,750 kekosongan

PUTRAJAYA 26 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lulusan diploma Sains Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.
"Calon yang berminat bolehlah mendaftar permohonan masing-masing menggunakan borang dalam talian melalui laman web SPA di www.spa.gov.my dan tarikh tutupnya pada 13 Oktober ini sebelum pukul 11.59 malam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mahmood berkata, bagi permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.
Beliau berkata, SPA akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan.
"Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.
"Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat,'' katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130926/dn_23/Jururawat-lulusan-IPTS-dipelawa-isi-2750-kekosongan#ixzz2hbqWtmJj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers