UNISEL

Domain


Iklan Kekosongan Jawatan Pentadbiran: Penolong Pendaftar / Penolong Pengurus (Gred N41)
Universiti Selangor atau UNISEL merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999, dan sehingga kini menawarkan pelbagai kursus di bawah graduan dan pasca siswazah yang terletak di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri.

ALAMAT PERMOHONAN :

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Besar,
Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia,
Universiti Selangor,
Kampus Bestari Jaya,
Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya,
Selangor

u/p : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan

Tel : 03 - 3280 5058/5077
Fax : 03 - 3289 7335

Sila tulis nama jawatan dipohon dibahagian atas sebelah kanan sampul surat.

CATATAN AM :

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh lantikan jawatan;

(c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(e) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun berkhidmat dalam bidang berkaitan;

(f) Mempunyai pengalaman sebagai Penolong Pendaftar di Institusi Pengajian Tinggi adalah diberi keutamaan; dan

dan

(f) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON :

1. Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan beserta sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun dibawah
2. Subjek (tajuk) email adalah mengikut jawatan yang dipohon. Contoh : Penolong Pendaftar / Penolong Pengurus (N41)
3. Borang permohonan boleh dihantar ke email perjawatan@unisel.edu.my
4. Permohonan juga boleh dihantar terus ke alamat seperti yang dinyatakan.
5. Status jawatan adalah KONTRAK.
6. Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 26 November 2012 (Isnin).



Iklan Kekosongan Jawatan : Staf Sambilan Pengawas Peperiksaan Sambilan
Kelayakan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
• Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 30 tahun
• Terbuka kepada mereka yang tidak bekerja dan sedang melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS (Cuti semester)
• Pemohon mestilah mempunyai perwatakan dan peribadi yang baik.
• Pemohon tidak terlibat daripada mana-mana tindakan tatatertib atau sabitan atau dakwaan kegiatan jenayah.
• Calon yang pernah mempunyai pengalaman di dalam bidang perkhidmatan pelanggan adalah diberi keutamaan.

Syarat-syarat Tambahan :
• Pemohon mestilah berminat dan mampu memberi sepenuh komitmen tanpa mengganggu waktu kuliah semester.
• Mempunyai kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik namun, kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris dan bahasa lain adalah satu kelebihan.

Bidang Tugas :
• Bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan Sambilan di Kampus Shah Alam dan Kampus Bestari Jaya.
• Menjaga sesi peperiksaan pelajar-pelajar UNISEL.

Tempoh Perkhidmatan :
• 3 Disember 2012 sehingga 21 Disember 2012. (3 minggu sahaja)

Masa Bekerja :
HariWaktu Bekerja (Pagi)Waktu RehatWaktu Bekerja (Petang)
Isnin - Khamis8.00 - 1.001.00 - 2.002.00 - 6.00
Jumaat8.00 - 12.3012.30 - 2.302.30 - 6.00
Gaji :
• Akan dibayar gaji sebanyak RM38.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Lapan Sahaja) sehari.

Cara Memohon :
• Pemohon yang berminat boleh mengisi borang permohonan yang dilampir bersama. MUAT-TURUN DISINI
• Jika permohonan secara email, subjek/tajuk email hendaklah di taip ‘Permohonan Pengawas Peperiksaan Sambilan’.
• Borang permohonan boleh dihantar secara email ke perjawatan@unisel.edu.my ATAU dihantar terus ke Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia.

Maklumat Am :
• Lokasi bertugas adalah di Kampus Shah Alam dan Kampus Bestari Jaya.
• Tarikh tutup permohonan adalah 26 November 2012 (Isnin)

Iklan Kekosongan Jawatan : Staf Sambilan Telepemasaran
Kelayakan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
• Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 30 tahun
• Terbuka kepada mereka yang tidak bekerja dan sedang melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS (Cuti semester)
• Pemohon mestilah mempunyai perwatakan dan peribadi yang baik.
• Pemohon tidak terlibat daripada mana-mana tindakan tatatertib atau sabitan atau dakwaan kegiatan jenayah.
• Calon yang pernah mempunyai pengalaman di dalam bidang perkhidmatan pelanggan adalah diberi keutamaan.

Syarat-syarat Tambahan :
• Pemohon mestilah berminat dan mampu memberi sepenuh komitmen tanpa mengganggu waktu kuliah semester.
• Mempunyai kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik namun, kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris dan bahasa lain adalah satu kelebihan.

Bidang Tugas :
• Bertugas sebagai Telepemasaran.
• Perantara sumber maklumat berkaitan lokasi pejabat, program yang ditawarkan dan kemudahan-kemudahan yang diberikan.
• Menjadi ‘One stop centre information’ kepada Unisel.

Tempoh Perkhidmatan :
• 3 Disember 2012 sehingga 28 Disember 2012 (4 minggu sahaja)

Masa Bekerja :
HariWaktu Bekerja (Pagi)Waktu RehatWaktu Bekerja (Petang)
Isnin - Khamis9.30 - 1.001.00 - 2.002.00 - 6.30
Jumaat9.30 - 12.3012.30 - 2.302.30 - 6.30

Gaji :
• Akan dibayar gaji sebanyak RM38.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Lapan Sahaja) sehari.

Cara Memohon :
• Pemohon yang berminat boleh mengisi borang permohonan yang dilampir bersama. MUAT-TURUN DISINI
• Jika permohonan secara email, subjek/tajuk email hendaklah di taip ‘Permohonan Telepemasaran’.
• Borang permohonan boleh dihantar secara email ke perjawatan@unisel.edu.my ATAU dihantar terus ke Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia.

Maklumat Am :
• Lokasi bertugas adalah di Pejabat Pemasaran & Kemasukan, Kampus Shah Alam
• Tarikh tutup permohonan adalah 26 November 2012 (Isnin)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers