Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kelantan



Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
1. PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41
CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP :

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, taraf jawatan dan lain-lain lagi, sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan : www.spn.kelantan.gov.my

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN. 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00.  Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.


Sebelum atau pada :  02 DISEMBER 2012

C.    UMUR :
1.    Calon-calon lantikan terus tidak kurang dari 18 tahun.
2.    Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D.    AM :  
1.    Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2009 dan pastikan dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi 2011. Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.

2.    Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Paspot, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil   Persekolahan atau Dokumen /testimonial yang berkaitan.

3.    Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.

4.    Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

5.   Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada Surat akan dihantar.

6.    Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers