Lembaga Lebuhraya Malaysia


IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN  (GRED N17)

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:-

1. (a) Jawatan/ Gred   :
(b) Taraf Jawatan  : Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
 
(d) Gred dan Gaji Min – Max: N17
P1 RM 927.03  – RM 2,526.03
      P2 RM 985.15  – RM 2,662.93
      P3 RM 1,044.97 – RM 2,804.68

(e) Syarat Lantikan   :-
Calon-calon  bagi  lantikan  hendaklah  memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalamBahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

CARA MEMOHON  
Permohonan hendaklah dibuat secara  on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat  http://ejawatan.llm.gov.my mulai 20 November 2012 hingga 3 Disember 2012.  

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Disember 2012.

PERMOHONAN DITOLAK
Permohonan akan ditolak sekiranya:
i) Tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan. CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers