Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED S27

Taraf Perkhidmatan
: Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan
: Pelaksana
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : P1 RM1,361.14 - RM3,565.62
P2 RM1,439.77 - RM3,775.97
P3 RM1,521.80 - RM3,992.94

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5); dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) ataupun
melalui Jobsmalaysia. Borang boleh diperoleh dengan melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka
di http://www.dbp.gov.my atau http://www.jobsmalaysia.gov.my.
ii. Tarikh tutup permohonan pada 3 Disember 2012.
iii. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

KETERANGAN AM
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang
tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers