MAJLIS UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA


MAJLIS UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK AKADEMIK B
JALAN SUNGAI MERAB
43650, BANDAR BARU BANGI SELANGOR

JAWATAN KOSONG

Majlis Universiti Islam Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang
berikut:
A) Pengurusan dan Profesional

B) Sokongan

SYARAT LANTIKAN

1. PEGAWAI KEWANGAN GRED W48
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
i. (a) ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang
Diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggai tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(b) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdangan atau pengajian perniagaan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggai tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggai tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Ahli Penuh Badan-badan Ikthtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(e) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh
Badan-badan Ikthtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(f) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

SENARAI BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN
BIL BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN

1 Ahli Institut Akauntan Malaysia;
2 Ahli The Malaysian Associatiton of Certified Public Accountants;
3 Ahli The Institute of Chartered Accountants in England and Wales;
4 Ahli The Institute of Chartered Accountants in Ireland;
5 Ahli The Associatiton of Chartered Accountants (United Kingdom);
6 Ahli The Institute of Chartered Accountants in Australia;
7 Ahli The Australian Society of Certified Practicing Accountants;
8 Ahli The Institute of Chartered Accountants of New Zealand;
9 Ahli The Canadian Institute of Chartered Accountants;
10 Ahli The Institute of Chartered Accountants of India; dan
11 Ahli The Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom)
ii. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Kewangan Gred W44 adalah layak
dipertimbangkan kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Kewangan Gred W48
yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(c) diperakukan oleh ketua perkhidmatan ; dan
(d) Keutamaan diberikan kepada yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun:
Dan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PENOLONG AKAUNTAN W27

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti butiran berikut:
i. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii. Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan
yang diiktiraf oleh pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau [ Gaji Permulaan P1 : RM1,667.08 ]
iii. Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang
kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,892.68 ]
Dan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

1. Iklan ini terbuka kepada warganegaran Malaysia yang memenuhi syarat lantikan seperti di atas.
2. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Bagi Pelantikan Jawatan
3. Borang Permohonan Bagi Pelantikan Jawatan boleh didownload di laman web MUIM www.muim.my
@ muim.com.my
4. Borang permohonan hendaklah disertakan salinan sijil kelayakan yang telah disahkan mengikut setiap
skim berkaitan.
5. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:-

BAHAGIAN PENTADBIRAN
MAJLIS UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
PETI SURAT NO. 2
PEJABAT POS BANDAR BARU BANGI
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR

6. Tarikh Tutup Permohonan : 12 November 2011

CATATAN
1. Permohonan yang tidak lengkap, tidak terang, tidak ditandatangani atau tidak disertakan salinan
dokumen berkaitan yang diperlukan akan ditolak.
2. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
3. Salinan sijil yang tiada pengesahan akan ditolak.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap
tidak berjaya.
5. Taraf Jawatan : SEMENTARA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Followers